Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan.
Permohonan itu difailkan peguam Muhammad Suhaimi Yahya dan Muhyiddin Yassin bagi pihak parti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Co dan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dan 19 individu lain selaku responden pertama hingga ke-20.
Mereka mendakwa keputusan membekukan akaun bank itu dilakukan dengan niat jahat.
Mereka juga mendakwa suruhanjaya itu menyalahgunakan kuasa mereka dengan menjalankan pendakwaan politik terpilih terhadap kepimpinan Bersatu, Perikatan Nasional (PN) atau Muhyiddin.
Mereka juga memohon perisytiharan mahkamah terhadap SPRM bahawa suruhanjaya itu tidak boleh mengikut arahan pemimpin parti pemerintah yang berada dalam kerajaan atau mengikut arahan perdana menteri dan/atau timbalan perdana menteri dengan meminta pegawai SPRM memulakan siasatan terhadap Bersatu, menyebabkan keluarnya perintah pembekuan yang didakwa salah.