- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 235 kes, 1 lagi terkorban

Sebanyak 216 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,219.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penumpang pengangkutan awam masih mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi menggelakkan terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.
Penumpang pengangkutan awam masih mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi menggelakkan terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

235 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,044,439 kes.

Sebanyak 216 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,219.

Ketika ini, 9,253 kes aktif direkodkan di mana 8,916 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 330 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak tujuh kes dan satu daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,967 orang.