- Iklan -
Berita

Covid-19 catat 279 kes baru, tiada kematian

Sebanyak 236 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,455.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penumpang memakai pelitup muka ketika menaiki LRT di Kuala Lumpur.
Penumpang memakai pelitup muka ketika menaiki LRT di Kuala Lumpur.

279 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,044,718 kes.

Sebanyak 236 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,455.

Ketika ini, 9,296 kes aktif direkodkan di mana 8,964 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 327 (3.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak lima kes dan satu daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,967 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.