- Iklan -
Berita

Pegawai SPRM antara 4 individu ditahan berhubung kes JanaWibawa

SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali 'Datuk Roy' yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.
Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu lain termasuk seorang wanita pada Khamis lepas kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan melibatkan kes program JanaWibawa.

Menurut sumber, wanita berkenaan bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga suspek lain kini direman hingga esok.

Sumber itu juga berkata SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali 'Datuk Roy' yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

“Lelaki itu yang berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

“SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawainya sekiranya didapati terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi