- Iklan -
Berita

Bursa Malaysia ditutup ke paras terendah dalam 5 bulan

Penanda aras Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian, 1,393.83, menyusut daripada 1,421.83 ketika ditutup pada Isnin.

Azzman Abdul Jamal
1 minit bacaan
Kongsi
Skrin paparan carta saham di Pasaran Utama Bursa Malaysia di Bursa Malaysia Berhad pada 30 November 2022. Gambar: Bernama
Skrin paparan carta saham di Pasaran Utama Bursa Malaysia di Bursa Malaysia Berhad pada 30 November 2022. Gambar: Bernama

Bursa Malaysia ditutup menghampiri paras terendah dalam masa lima bulan pada Selasa apabila menyusut 28 mata atau 1.97% berbanding sehari sebelumnya.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras terendah harian, 1,393.83, menyusut daripada 1,421.83 ketika ditutup pada Isnin.

Terdahulu, indeks utama itu pada pagi tadi dibuka menyusut 4.87 mata lebih kepada 1,416.96, paras tertinggi harian sebelum ia terus merosot sepanjang hari.

Pergerakan harga di pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung  878 kepada 180, manakala 296 kaunter tidak berubah, 893 tidak didagangkan dan 11 lagi digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.38 bilion unit bernilai RM2.50 bilion.

Penyusutan lima hari berturut-turut ini didorong oleh keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) di Amerika Syarikat.

Di paparan indeks, FBMT 100 menyusut 183.14 mata kepada 9,878.77, FBM 70 merosot 176.77 kepada 13,067.61, FBM Emas Shariah susut 167.80 mata kepada 10,482.15 manakala Indeks FBM Ace menyusut 122.18 mata kepada 5,176.88.

Mengikut sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 341.16 mata kepada 15,379.23 , indeks Tenaga merosot 28.55 mata kepada 824.28, indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menurun 4.40 mata kepada 168.53 manakala indeks Perladangan menyusut 125.03 mata kepada 6,667.30.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi