- Iklan -
Berita

Lebih 18,000 kuarters guru tidak diduduki, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata lokasi yang jauh selain keadaan yang sudah rosak mengakibatkan ia tidak diduduki.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying ketika sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, 6 Mac. Gambar: Bernama
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying ketika sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, 6 Mac. Gambar: Bernama

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying mendedahkan sebanyak 18,740 daripada 47,947 unit kuarters guru milik kementerian itu tidak diduduki. 

Katanya, lokasi yang jauh selain keadaan yang sudah rosak mengakibatkan ia tidak diduduki.

"Satu daripada sebabnya adalah lokasi. Kebanyakan lokasi tidak berdekatan sekolah, jadi guru tidak duduk di kuarters.

"Bangunan yang usang, kita tunggu laporan kajian daripada perunding hartanah dan kami akan merancang tindakan seterusnya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lim menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang mahu tahu mengenai jumlah kuarters guru yang ada dan perancangan untuk baik pulih dan selenggara kuarters guru yang uzur.

Katanya, kementerian juga memberi fokus kepada kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kuarters guru yang didiami berdasarkan tahap kerosakan.