Pelajar dibenar pakai baju sukan untuk aktiviti kokurikulum
Keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.
Terkini
Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.
“Soal baju kokurikulum, badan beruniform, juga menjadi isu, jika tidak mampu, pakai baju sukan sekolah untuk hadir dan mengikuti semua program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia Madani Peranan Sektor Pendidikan, di Nilai, hari ini.
Mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai kelewatan pengumuman keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini, Fadhlina berkata tarikh berkenaan adalah wajar dan tidak timbul isu kesuntukan masa untuk membuat persiapan ke sekolah baharu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.