- Iklan -
Berita

Situasi banjir di Johor makin baik, mangsa berkurangan kepada 36,086 orang

Batu Pahat terus mencatatkan mangsa paling ramai dipindahkan iaitu 35,849 orang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penduduk membersihkan rumahnya selepas banjir di Yong Peng, Batu Pahat di Johor, 13 Mac. Gambar: Bernama
Seorang penduduk membersihkan rumahnya selepas banjir di Yong Peng, Batu Pahat di Johor, 13 Mac. Gambar: Bernama

Situasi banjir di Johor semakin menunjukkan tanda pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 36,086 orang setakat 8 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.

"Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar (111), Segamat (102) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter. 

Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.