- Iklan -
Berita

Jawatankuasa Kabinet dibentuk tangani kesesakan lalu lintas

Jawatankuasa akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Pengangkutan selaku sekretariat utama itu, akan mengadakan mesyuarat pertama pada awal April.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Trafik dilihat sesak pada waktu puncak di lebuh raya yang menghubungkan Lapangan Terbang Subang ke Lebuhraya Persekutuan, 10 Februari.
Trafik dilihat sesak pada waktu puncak di lebuh raya yang menghubungkan Lapangan Terbang Subang ke Lebuhraya Persekutuan, 10 Februari.

Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk merangka langkah komprehensif dan menyeluruh dalam menangani isu kesesakan lalu lintas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata jawatankuasa itu, yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Pengangkutan selaku sekretariat utama, akan mengadakan mesyuarat pertama pada awal April.

"Jawatankuasa ini dibentuk kerana isu kesesakan lalu lintas mendapat perhatian serius dan pendekatan terancang akan digunakan dalam menangani isu itu," katanya dalam sidang media di sini selepas majlis pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya yang dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar melancarkan laluan itu di Depoh Serdang sebelum menaiki MRT menuju ke Putrajaya Sentral untuk merasai sendiri perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit.

Loke berkata Perdana Menteri telah menyuarakan komitmen supaya pengangkutan awam terus diberi perhatian dengan memperkukuh serta membangun sistem pengangkutan awam terutama di Klang Valley bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.