- Iklan -
Berita

Mahathir gesa orang Melayu tolak Anwar, cabar buktikan dakwaan kumpul harta

Bekas perdana menteri itu berkata tuduhan tanpa bukti jelas adalah fitnah.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa orang Melayu menolak kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas pemimpin veteran itu mengulangi serangan terhadapnya bekas timbalannya yang pernah didakwa menjadi dalang di sebalik pembatalan acara Proklamasi Melayu.

“Apabila kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi ini, ia mengkhianat janji dalam Perlembagaan negara.

“Sebab itu orang Melayu patut tentang kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Mahathir juga mencabar Anwar untuk membuktikan dakwaan bahawa beliau mengumpul kekayaan untuk dirinya dan ahli keluarganya, selepas perdana menteri menyerangnya.

“Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah.”

Dalam ucapannya kepada perwakilan PKR pada kongres parti itu baru-baru ini, Anwar melancarkan serangan terhadap bekas mentornya Mahathir selepas menuduhnya menghalang perbezaan pendapat dan mengawal akhbar.

“Ada orang sekarang setelah 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham. 

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat,” katanya.

Mahathir berkata orang Melayu jatuh miskin selepas beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, sambil menambah beliau cuba membetulkan keadaan apabila sekali lagi memegang jawatan tertinggi itu di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi perdana menteri selepas PRU14. 

“Tetapi kerajaan PH dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.”

Mahathir berkata inilah sebabnya beliau menerajui Proklamasi Melayu, yang mana pembatalannya mencetuskan persoalan mengenai komitmen Anwar terhadap kebebasan bersuara. 

Mahathir berkata, Anwar cuba menutup mulut mereka yang ingin menyuarakan kesusahan orang Melayu.

“Isi kandungan proklamasi ini menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga perlembagaan Umno,” katanya, sambil menambah walaupun begitu, Umno tidak menentang tindakan Anwar untuk menghentikan acara itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.