- Iklan -
Berita

KKM ‘komited’ urus lantikan tetap 12,800 doktor kontrak

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementerian akan membuat tindakan susulan berhubung perkara itu supaya urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan dengan teratur dan berkesan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Gambar: Bernama
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Gambar: Bernama

Perjawatan 12,800 doktor tetap akan mengambil kira pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memenuhi syarat pelantikan secara tetap.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata Kementerian Kesihatan (KKM) komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.

"Selain daripada itu, KKM juga sedang memperhalusi isu-isu yang lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul semasa sesi Townhall pada 22 Februari 2023 yang lalu.

"Perkara ini akan dibentangkan ke hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang telah ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan RM1.7 bilion.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun lokum kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional di KKM selain pegawai perubatan.

"Di samping itu, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM pada setiap tahun," katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.