Cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri pada 19 April
Ini melibatkan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Terkini
Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti tambahan bagi semua sekolah pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini.
Fadhlina berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan guru dan ibu bapa terutama yang bertugas di negeri lain, merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Dengan ini pada 19 April, KPM mengisytiharkan cuti khas untuk semua warga KPM… jadi untuk hari itu tiada sekolah,” katanya dipetik Bernama hari ini.
“Kita ambil kira semua pandangan dan untuk kesejahteraan guru-guru warga KPM urus perjalanan pulang ke kampung.”
Berdasarkan kalendar akademik Sesi 2023/2024 KPM, cuti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri kumpulan A dan B adalah bermula pada 20 April (Khamis).
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.