- Iklan -
Berita

SPRM tahan pembantu menteri sumber manusia berhubung siasatan rasuah RM97 juta

Mereka yang terbabit dipercayai menubuhkan agensi pengambilan pekerja asing bagi mendapatkan kelulusan kementerian meskipun terdapat konflik kepentingan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Suruhanjaya Pencegaahan Rasuah Malaysia di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, 1 Mac 2022.
Logo Suruhanjaya Pencegaahan Rasuah Malaysia di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, 1 Mac 2022.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berhubung siasatan kes rasuah melibatkan agensi pengambilan pekerja asing. 

MalaysiaNow difahamkan bahawa agensi antirasuah itu sedang melakukan siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM97 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, yang mengesahkan penahanan itu berkata, beberapa lagi individu turut ditahan bagi membantu siasatan. 

Siasatan tertumpu pada mereka yang terlibat dalam menubuhkan agensi pengambilan pekerja bagi mendapatkan kelulusan daripada kementerian meskipun terdapat konflik kepentingan. 

Pegawai SPRM dikatakan telah menyerbu bangunan Kementerian Sumber Manusia pagi ini, dengan serbuan tertumpu kepada individu dalam kementerian tersebut dan juga agensi berkaitannya. 

Sementara itu, sumber berkata, dua individu ditahan termasuk seorang ejen pengambilan pekerja.

Kedua-duanya direman selama enam hari.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.