- Iklan -
Berita

Tiada arahan dari PM untuk Sivakumar direhatkan, kata Loke

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kes berkenaan masih dalam siasatan pihak SPRM.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Gambar: Bernama
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Gambar: Bernama

Tiada arahan dikeluarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk Menteri Sumber Manusia V Sivakumar direhatkan daripada jawatan susulan penahanan beberapa pegawainya yang dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

“Setakat ini tiada arahan daripada PM (Perdana Menteri) untuk Sivakumar ambil cuti," kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan dalam sidang media berkenaan harga tiket penerbangan sempena Aidilfitri 2023 di Putrajaya hari ini.

Semalam Sivakumar yang juga Ahli Parliman Batu Gajah itu telah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi kenyataan berhubung kes terbabit.

Loke berkata kes berkenaan masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita (DAP) masih pantau perkembangan kes buat masa ini,” katanya.