Jangkitan harian Covid-19 kembali melebihi 1,000 kes
Kementerian Kesihatan berulang kali menyatakan situasi Covid-19 terkawal, dengan jumlah kes harian di bawah 1,000 direkodkan sejak Disember 2022.
Terkini
Kes harian Covid-19 melepasi paras 1,000 pada 29 April, dengan 1,050 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes yang dijangkiti di negara ini berjumlah 5,071,840.
Jumlah kes harian adalah berdasarkan 2,503 ujian yang dilaporkan, bermakna kadar jangkitan adalah sebanyak 15.5%.
Terdapat 600 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 5,020,529.
Ketika ini, 14,291 kes aktif direkodkan di mana 13,371 atau 93.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.
Seramai 29 pesakit memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 22 memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,901 orang.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.