- Iklan -
Berita

KPM benar murid, guru pakai baju sukan susulan cuaca panas

Kementerian bersetuju memberi kebenaran tersebut bagi menggelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.
Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.

Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dibenarkan untuk memakai baju sukan yang sopan susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, kementerian bersetuju memberi kebenaran tersebut bagi menggelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

“Bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan. 

“Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana,” katanya.

Menurut KPM, fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap.

“Keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan.

Sementara itu, KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara. 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.