- Iklan -
Berita

UiTM mohon maaf kes kebocoran hampir 12,000 data pemohon

Pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemas kini telah dilakukan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pengguna Twitter mendakwa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon sebagai pautan tidak selamat.
Seorang pengguna Twitter mendakwa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon sebagai pautan tidak selamat.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data hampir 12,000 pemohon universiti tersebut.

Menerusi akaun Twitter rasminya @uitmofficial, universiti itu memaklumkan bahawa pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif  dan kemas kini telah dilakukan. 

“Pihak UiTM mohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih,” ciapnya. 

Ini susulan seorang pengguna Twitter, @imraimy mendakwa bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon sebagai pautan tidak selamat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.