- Iklan -
Berita

Mahkamah tolak permohonan ibu tunggal batal penukaran agama 3 anak secara unilateral

Keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada bukti ketiga-tiga anak wanita itu berhenti menganut agama Islam apabila berada di bawah jagaan ibu mereka.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang menempatkan Mahkamah Tinggi.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang menempatkan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral tanpa persetujuannya oleh bekas suaminya.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa tiada bukti ketiga-tiga anak wanita itu berhenti menganut agama Islam apabila berada di bawah jagaan ibu mereka.

Hakim berkata Loh, sebagai pemohon tidak menafikan bahawa anak-anaknya terus mengamalkan agama Islam dengan menunaikan solat subuh setiap hari apabila mereka berada dalam jagaannya.

“Jadi, walaupun sijil penukaran agama bukan bukti muktamad, memandangkan sifatnya yang unilateral, ‘kekuatan bukti’ akan menunjukkan bahawa ketiga-tiga anak itu terus menganut agama Islam," katanya.

Beliau berkata tiada bukti bahawa ketiga-tiga anak wanita itu telah kembali ke agama Hindu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.