- Iklan -
Berita

Pengeluar minyak sawit di Malaysia elak ambil pekerja dari Bangladesh

Walaupun perjanjian buruh baharu antara kedua-dua negara berkuat kuasa tahun lepas, namun tiga syarikat perladangan berkata firma mereka tidak meneruskan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh.

Bernama
2 minit bacaan
Kongsi
Pekerja asing, terutamanya dari Indonesia, India, Bangladesh dan Nepal, membentuk kira-kira 80% daripada tenaga kerja di ladang-ladang yang bergantung kepada buruh di Malaysia.
Pekerja asing, terutamanya dari Indonesia, India, Bangladesh dan Nepal, membentuk kira-kira 80% daripada tenaga kerja di ladang-ladang yang bergantung kepada buruh di Malaysia.

Beberapa pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia tidak mengambil pekerja asing dari Bangladesh kerana bimbang terhadap amalan eksploitatif semasa pengambilan, kata syarikat dan perunding buruh.

Negara penanam dalam pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah meningkatkan usaha untuk melaksanakan proses pengambilan beretika dan merombak standard buruh selepas Amerika Syarikat (AS) mengharamkan import daripada dua syarikat atas dakwaan buruh paksa. 

Pekerja asing, terutamanya dari Indonesia, India, Bangladesh dan Nepal, membentuk kira-kira 80% daripada tenaga kerja di ladang-ladang yang bergantung kepada buruh di Malaysia. 

Kerajaan menggantung semua pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pada 2018 selepas dakwaan rasuah dalam proses itu. 

Walaupun perjanjian buruh baharu antara kedua-dua negara berkuat kuasa tahun lepas, namun tiga syarikat perladangan berkata firma mereka tidak meneruskan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh.

"Punca utamanya adalah disebabkan kadar kehilangan pekerja asing warga Bangladesh yang tinggi kerana mereka tidak sedar bahawa mereka akan bekerja di ladang," kata IOI Plantation, yang tidak mengambil pekerja dari negara itu sejak 2018, dalam maklum balas melalui e-mel kepada Reuters.

Seorang eksekutif kanan dari syarikat lain menyatakan bahawa punca tidak mengambil pekerja dari Bangladesh adalah disebabkan oleh proses pengambilan tidak telus serta yuran yang dikenakan terlalu tinggi.

Pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, Sime Darby Plantation, berkata ia berhenti mengambil pekerja dari Bangladesh sejak 2016. 

Pada tahun itu, syarikat juga memperkenalkan perubahan yang bertujuan untuk melaksanakan "dasar yuran pengambilan sifar". 

Pertubuhan Buruh Antarabangsa meletakkan tahap penipuan dan ikatan hutang berpunca daripada bayaran pengambilan yang besar antara penunjuk kepada "buruh paksa". 

Ratusan pekerja dari Asia Selatan baru-baru ini tiba di Malaysia masih tidak meskipun dijanjikan pekerjaan dan sudah membayar ribuan dolar kepada agensi pengambilan pekerja asing.

Malaysia telah memulakan siasatan berhubung isu ini.

Reuters cuba mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Sumber Manusia dan Kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur namun tidak berjaya.

Kedutaan negara itu menggesa kerajaan Malaysia bersikap lebih telus untuk mengelakkan rakyatnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), sebuah badan pemerhati industri yang berpangkalan di Malaysia, berkata cadangan perundangan di Kesatuan Eropah untuk melarang import dan penjualan produk yang dibuat dengan buruh paksa telah mendorong industri minyak sawit untuk terus menangani hak asasi manusia dalam operasi mereka.

"Industri secara amnya dipanggil ke tahap kemampanan, ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi, dengan pihak berkepentingan luar – daripada pengawal selia kepada institusi kewangan, pelabur dan pengguna – mendorong anjakan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif RSPO Joseph D'Cruz.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.