- Iklan -
Berita

Masih tiada kata putus berhubung tambahan 10,000 kuota haji kepada Malaysia

Jangka masa untuk mendapatkan keputusan dari Arab Saudi juga belum diketahui.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Jemaah menunggu untuk menunaikan solat di depan Kaabah di dalam Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi.
Jemaah menunggu untuk menunaikan solat di depan Kaabah di dalam Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi.

Kurang dua bulan dari musim haji, Malaysia masih belum menerima kata putus berhubung rayuan kedua 10,000 kuota tambahan yang sepatutnya diketahui pada bulan Mei.

Malaysia sebelum ini berjaya mendapatkan kembali kuota asal jemaah haji berjumlah 31,600 dengan tambahan pertama sebanyak 350 jemaah. 

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji Azman Mokhtar pada April.

MalaysiaNow difahamkan, masih tiada kata putus dari Arab Saudi berhubung perkara itu.

Anggaran waktu kata putus dicapai juga tidak diketahui setakat ini.

Kuota jemaah haji setiap negara ialah pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan, seperti yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

Malaysia memohon tambahan kuota itu ekoran pertambahan populasi penduduk negara ini yang kini mempunyai 31.95 juta penduduk.

Kuota haji adalah antara isu yang sering dibangkitkan dalam pertemuan antara pemimpin Malaysia dan Arab Saudi.

Arab Saudi memberikan tambahan 10,000 kuota selepas wabak Covid-19 hasil pertemuan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman.

Penerbangan pertama membabitkan jemaah haji Malaysia berlepas pada Sabtu lalu.

Ibadah haji tahun ini dijangka bermula pada 26 Jun dan akan berterusan sehingga Julai.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.