- Iklan -
Berita

Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat, kata Hajiji

Usul rang undang-undang itu dibentangkan Hajiji semalam mendapat sokongan 75 Adun manakala empat Adun tidak hadir pada bacaan ketiga.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Hajiji Noor pindaan Perlembagaan berkaitan antilompat parti DUN Sabah yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu. Gambar: Bernama
Ketua Menteri Hajiji Noor pindaan Perlembagaan berkaitan antilompat parti DUN Sabah yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Hajiji Noor menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua 75 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah yang menyokong usul Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.

Beliau berkata kelulusan rang undang-undang itu dengan sokongan semua Adun yang hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini memperlihatkan wakil rakyat negeri berkenaan mengamalkan prinsip mesyuarat ke arah mendapat keputusan demi kepentingan rakyat dan negeri itu.

Menurut Hajiji pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu kerana ia perlu diserah dan diteliti oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin.

"Syukur sidang DUN sudah selesai diadakan dan saya juga bersyukur dan berterima kasih kerana pindaan antilompat parti mendapat sokongan semua pihak. Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan itu, maka kita tidak perlu lagi susah hati mengenai adanya Adun yang akan melompat (parti) pada masa akan datang.

“Ini selaras dengan undang-undang antilompat yang diperkenalkan di peringkat Persekutuan," katanya pada sidang media selepas persidangan itu di Bangunan DUN Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Usul rang undang-undang itu dibentangkan Hajiji semalam mendapat sokongan 75 Adun manakala empat Adun tidak hadir pada bacaan ketiga.

Pada bacaan kedua undi belah bahagi untuk Fasal 2 rang undang-undang itu menyaksikan 61 Adun yang bersetuju Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri digugurkan, 14 Adun tidak bersetuju manakala empat Adun tidak hadir.

Perkara 6(7) merujuk sebuah parti politik yang memenangi kerusi majoriti pada pilihan raya, ketua parti itu merupakan seorang Adun Sabah yang mempunyai kemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

Sabah mempunyai seramai 79 Adun dengan 73 daripadanya dipilih manakala enam dilantik.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.