Polis siasat kumpulan dakwa pewaris Kesultanan Sulu, kata Acryl Sani
Beliau berkata laporan itu dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri Khairul Dzaimee Daud.
Terkini
Polis menerima satu laporan berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang mengemukakan tuntutan melalui notis timbang tara melebihi US$32 bilion.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan itu dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri Khairul Dzaimee Daud berikutan tuntutan yang diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019.
“Tuntutan tersebut merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara. PDRM melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 124(k) Kanun Keseksaan kerana sabotaj.
“PDRM memandang serius sebarang elemen yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya perbuatan sabotaj terhadap keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negara serta memberi jaminan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut akan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.