- Iklan -
Berita

Implikasi kewangan pinjaman cagaran KWSP gagal dilunaskan tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Soalan lain yang akan dibangkitkan adalah mengenai pengiktirafan masakan tradisional seperti nasi lemak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Isu peminjam pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Isu peminjam pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Implikasi kewangan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya peminjam pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 (FSA2) gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang turut meminta penjelasan berhubung jumlah permohonan yang telah diterima bagi fasiliti pinjaman itu, pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula ingin tahu langkah yang diambil bagi mengangkat martabat makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh dan laksa sebagai makanan kebangsaan agar status itu tidak boleh dituntut oleh negara lain.

Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) dijangka meminta penjelasan tentang sokongan dan inisiatif yang diberikan Malaysia kepada kerajaan Afghanistan, khususnya dalam aspek pemerkasaan wanita dan kanak-kanak di negara itu.

Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang telah pun dibahaskan oleh 13 Ahli Parlimen kerajaan semalam.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 juga dijangka dibaca buat kali kedua hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 Jun selepas bercuti selama seminggu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.