- Iklan -
Berita

LLM gesa naik taraf laluan motosikal agar sesuai dengan motosikal berkuasa tinggi

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia Jalaluddin Alias berkata ini akan mengurangkan risiko kemalangan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya di ibu kota Kuala Lumpur.
Keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya di ibu kota Kuala Lumpur.

Syarikat pemegang konsesi diminta supaya menaik taraf laluan motosikal di lebuh raya masing-masing, agar ia juga sesuai digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi, dalam membantu usaha mengurangkan risiko kemalangan.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Jalaluddin Alias yang membuat permintaan itu berkata ada beberapa laluan seperti laluan masuk lorong motosikal di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dan boleh mengakibatkan kemalangan. 

“Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan sewajarnya bagi penunggang motosikal jenis ini bagi memastikan keselamatan penunggangnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM di Wisma Lebuh Raya di Kajang hari ini.

Beliau berkata di sepanjang lebuh raya seliaan LLM dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, lebih 10,000 kemalangan jalan raya dilaporkan, dengan kemalangan maut membabitkan motosikal adalah tinggi iaitu kira-kira 200 kes. 

Katanya syarikat konsesi lebuh raya juga perlu membuat penambahbaikan laluan motosikal dengan mengambil kira kemalangan akibat cuaca buruk, termasuk risiko penunggang motosikal dilanggar ketika berhenti di bawah jejambat untuk berteduh ketika hujan.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.