Meta sedia kerjasama dengan SKMM, polis bendung jenayah dalam talian, kata Fahmi
Menteri komunikasi dan digital berkata ini berikutan peningkatan dalam kes penipuan dalam talian dan perjudian, serta isu 3R.
Terkini
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil semalam berkata pihak Meta Platforms Inc menyatakan komitmen dan kesediaan bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk membendung jenayah dalam talian.
“Saya percaya kerjasama yang terjalin membolehkan jenayah scam, judi dalam talian dan isu 3R di platform Meta dapat dikurangkan,” katanya menerusi catatan di Facebook semalam selepas mempengerusikan perjumpaan bersama Meta, MCMC dan PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur semalam.
Fahmi berkata pertemuan itu dilakukan susulan peningkatan kes penipuan, judi dalam talian dan isu 3R iaitu agama (religion), institusi Diraja (royalty) dan kaum (race) ketika ini.
“Kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia bagi tempoh Januari - Mei 2023 menerusi platform Meta (Facebook, Instagram, dan WhatsApp) mencecah hampir RM330 juta.
“Ini merupakan peningkatan 25% berbanding Januari hingga Disember 2022,” katanya.
Turut hadir timbalannya Teo Nie Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Ma Sivanesan, Pengerusi SKMM Mohamad Salim Fateh Din, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Amiruddin Abdul Wahab, Ketua Polis Negara Razarudin Husain serta pengurusan tertinggi polis.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.