- Iklan -
Berita

SPR adakan mesyuarat khas hari ini tentukan tarikh penting PRN 6 negeri

Mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Menara SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh (tengah) memeriksa proses membuang undi di SMK Sultan Badlishah, Kulim.
Gambar fail Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh (tengah) memeriksa proses membuang undi di SMK Sultan Badlishah, Kulim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pagi ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri terlibat. 

Mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Menara SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

Ia diadakan untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRN bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

SPR akan mengadakan sidang media sejurus selesai mesyuarat khas itu.

BernamaTV akan menyiarkan secara langsung sidang media tersebut.

Isnin lepas, Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat khas itu adalah susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) keenam-enam negeri itu daripada Speaker DUN masing-masing.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.