- Iklan -
Berita

Kementerian Komunikasi dan Digital ambil maklum, pantau isu 3R, kata Fahmi

Kementerian komunikasi dan digital berkata ini dilakukan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Gambar: Bernama
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Gambar: Bernama

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa meneliti dan memantau isu 3R iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) yang dimainkan di media sosial ketika ini.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata penelitian dan pemantauan berhubung isu 3R itu menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Di KKD dan SKMM, kita teliti dan ambil maklum isu 3R yang ditimbulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan Internet di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor kampus Dengkil di Dengkil semalam.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi