- Iklan -
Berita

PM beri amaran terakhir kepada pihak main isu 3R

Anwar Ibrahim berkata pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta polis.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur, 11 Julai. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur, 11 Julai. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecahbelahkan negara.

Beliau berkata pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta polis.

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku Perdana Menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar.

“Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar berkata negara tidak akan kekal stabil sekiranya perkara tersebut dibiarkan dilakukan oleh pihak yang terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk mempertahan kuasa atau mencari pengaruh baharu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.