- Iklan -
Berita

SPRM tahan 7 individu disyaki terlibat dalam sindiket kurangkan duti kereta mewah

Suspek ditahan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suspek didakwa bersubahat dengan pemilik kenderaan terbabit dengan memalsukan dokumen bagi mendapatkan pengurangan dalam taksiran duti kastam.
Suspek didakwa bersubahat dengan pemilik kenderaan terbabit dengan memalsukan dokumen bagi mendapatkan pengurangan dalam taksiran duti kastam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah sehingga menyebabkan ketirisan cukai kastam berjumlah kira-kira RM33 juta.

Menurut agensi anti rasuah itu semua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 60-an itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 5 petang hingga 10.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber SPRM, suspek berkenaan yang merupakan ejen kastam dipercayai bersubahat bersama pemilik kereta terlibat mengemukakan dokumen mempunyai maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam sedangkan kenderaan tersebut tidak layak menerimanya.

Susulan penahanan tersebut, Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 17 Julai 2023 setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini.

Difahamkan, dalam operasi yang dilakukan Bahagian Operasi Khas tersebut, SPRM juga membuat serbuan di beberapa premis perniagaan, pejabat agensi kerajaan serta kediaman di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor, Perak dan Sabah.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.