- Iklan -
Berita

Sanusi akan didakwa esok, 4 hari selepas siasatan dibuka

Ahli politik lantang PAS itu adalah yang pertama didakwa atas isu berkaitan kaum, agama dan raja selepas siasatan dibuka empat hari lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Gambar: Bernama
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Gambar: Bernama

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dijangka didakwa esok, hanya empat hari selepas polis melancarkan siasatan terhadap ucapannya di mana beliau didakwa memperlekehkan perkenan Sultan Selangor berhubung pelantikan Menteri Besar Amirudin Shari. 

Difahamkan, ahli politik lantang itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang esok.

Sanusi sudah memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kenyataan yang dibuatnya sewaktu ceramah baru-baru ini, sambil mengatakan kata-katanya diputarbelitkan.

Pemimpin PAS berusia 49 tahun yang lantang bersuara itu, dianggap sebagai antara ahli politik paling popular, menjadi tumpuan kerana ketegasannya bersuara, menjadikannya sasaran ahli politik pemerintah. 

Dalam pada itu, akaun TikTok milik beliau disekat secara misteri. 

Akaun TikTok baru yang dibuat untuknya memperoleh ratusan ribu pengikut dalam tempoh kurang 24 jam. 

Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain sebelum ini menjanjikan siasatan segera ke atas Sanusi, di tengah-tengah gesaan berulang kali daripada pemimpin kerajaan untuk mendakwanya.

Razarudin baru-baru ini berkata polis juga sedang menyiasat 60 kes lain melibatkan aduan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R). 

Sanusi nampaknya bakal menjadi individu pertama didakwa.

Polis bagaimanapun masih belum mengumumkan hasil siasatan mereka terhadap ahli politik terkemuka lain, termasuk pengerusi DAP Lim Guan Eng yang baru-baru ini yang memomokan rumah ibadat bukan Islam dirobohkan jika "gelombang hijau" - ungkapan yang diberikan DAP terhadap pencapaian Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum tahun lepas - berjaya mentadbir Pulau Pinang selepas pilihan raya negeri.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.