- Iklan -
Berita

Kumpulan rock Britain bercium, kutuk undang-undang anti-LGBT ketika persembahan di Sepang

Ini adalah kali kedua Matty Healy melakukan aksi hubungan sejenis di negara Islam.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Matty Healy mengutuk pendirian Malaysia mengenai hak LGBT dan mencium rakan kumpulannya Ross MacDonald di atas pentas sewaktu persembahan mereka di Festival Good Vibes.
Matty Healy mengutuk pendirian Malaysia mengenai hak LGBT dan mencium rakan kumpulannya Ross MacDonald di atas pentas sewaktu persembahan mereka di Festival Good Vibes.

Konsert kumpulan rock Britain, The 1975 di Sepang malam tadi dihentikan serta merta selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat yang pernah dilakukannya di seluruh dunia: mengutuk undang-undang berkaitan hubungan sejenis dan mencium anggota kumpulannya di atas pentas.

Healy adalah penyanyi utama di Festival Good Vibes, ketika dia memaki hamun terhadap larangan seks dalam kalangan gay. 

"Saya membuat kesilapan apabila menerima tawaran persembahan ini. Saya tidak menelitinya dengan betul. Saya tidak nampak keperluan menjemput The 1975 di negara yang mana menentukan dengan siapa kita boleh melakukan hubungan seks,” kata Healy sambil berulang kali menggunakan perkataan kesat dan memegang botol arak, ketika beberapa peminat muda kelihatan menjerit tanda setuju. 

“Saya peduli. Jika saya dihalang, saya akan balas semula. Saya tidak berada dalam mood. 

"Anda masih muda dan saya pasti ada dalam kalangan kamu yang gay, progresif dan cool," katanya.

Healy berkata dia mempertimbangkan untuk menolak jemputan itu sebagai membantah undang-undang Malaysia terhadap homoseksual tetapi kemudian memutuskan untuk meneruskan. 

"Kami berkata, 'Anda tahu apa? Rasanya keputusan itu tidak adil buat peminat kerana mereka bukan kerajaan… 

"Tetapi, saya pernah melakukan ini sebelum ini, saya pergi ke negara di mana, saya tidak tahu apa yang berlaku? Mengarut. Mengarut tidak masuk akal untuk memberitahu orang ramai apa yang mereka boleh lakukan dengan itu dan itu," katanya sambil menunjuk ke mulut dan pangkal paha.

"Saya akan ambil wang anda, anda boleh haramkan saya, tetapi saya pernah lakukan ini sebelum ini dan rasanya tidak bagus dan saya sudah kesal." 

Rakan ahli kumpulannya, Ross MacDonald ketika berjalan ke arah Healy di mana kedua-duanya berciuman. 

Kumpulan itu masih berjaya menghabiskan lagu ketujuh mereka sebelum secara tiba-tiba menamatkan persembahan mereka, dengan Healy berkata: "Kami baru sahaja diharamkan dari Kuala Lumpur, selamat tinggal."

Ia bukan kali pertama penyanyi tersebut melakukan aksi sedemikian di negara Islam.

Pada 2019, dia mencium seorang peminat lelaki di atas pentas sewaktu konsert di Dubai.

Dalam jawapan ringkas di Twitter, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihak berkuasa akan memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan mengenai insiden itu.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab.

Kumpulan itu dijangka membuat persembahan seterusnya di Jakarta.

Sementara itu, Penganjur Festival Good Vibes berkata persembahan itu akan diteruskan seperti dijadualkan untuk dua hari akan datang. 

"Jika masih mempunyai gelang tangan (tiket masuk) untuk konsert semalam, anda boleh menghadiri festival itu sama ada pada hari ini atau esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Festival tiga hari itu menampilkan artis tempatan dan luar negara dan telah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang sejak 2013.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.