Anwar setuju wakil DAP dilantik speaker Selangor jika PH menang PRN
Parti itu meletakkan syarat yang akan mengekalkan 16 ahli DAP di DUN Selangor, termasuk seorang speaker yang bukan dalam kalangan wakil rakyat.
Terkini
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersetuju dengan syarat DAP bahawa parti itu boleh mengisi jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sebagai pertukaran menyerahkan kerusi Dusun Tua kepada Umno.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dusun Tua dimenangi oleh Edry Faizal dari DAP dengan majoriti lebih 10,000 undi.
Bagaimanapun kali ini, DAP diminta memberi laluan kepada Umno, sekutu baharunya yang berganding bahu dengan Pakatan Harapan untuk PRN pada 12 Ogos ini.
Umno menamakan Johan Abdul Aziz, yang tewas dalam PRU14, sebagai calonnya untuk Dusun Tua.
Kerusi itu adalah satu daripada dua kerusi yang sebelum ini dimenangi PH yang kini akan ditandingi Umno selain Gombak Setia.
Pada 2018, DAP memenangi 16 kerusi di Selangor, dengan salah seorang Adun parti itu, Ng Suee Lim dari Sekinchan, dilantik sebagai speaker DUN.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata sebelum bersetuju melepaskan kerusi Dusun Tua, parti itu meletakkan syarat speaker seterusnya bukan dalam kalangan wakil rakyat.
"Dan cadangan kita ialah Lau Weng San,” katanya, merujuk kepada penyandang bagi kawasan DUN Banting yang tidak akan bertanding pada PRN kali ini.
"Ia bukan kerusi tukar kerusi. Sebab BN (Umno) dapat pertambahan 2 kerusi di Selangor," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon DAP yang akan bertanding di bawah tiket PH di Selangor.
"Perdana menteri telah bersetuju dengan syarat tersebut," tambah Loke.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.