- Iklan -
Berita

PKR putuskan Aminuddin wajar kekal sebagai MB Negeri Sembilan

Presiden PKR itu berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada rakan sejawatannya dari Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. Gambar: Bernama
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. Gambar: Bernama

PKR memutuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata ini kerana Aminuddin telah menunjukkan prestasi yang memuaskan ketika memimpin Negeri Sembilan dan banyak melaksanakan usaha membantu penduduk dengan pelbagai program.

"Maknanya tidak ada ruang untuk orang kata menteri besar ini sukar ditemui atau tidak menyantuni (rakyat). Oleh itu, kita ada barisan pimpinan yang membanggakan kita.

Negeri Sembilan saya belum buat apa-apa pengumuman (mengenai kedudukan Menteri Besar), kerana perbincangan itu mengambil masa yang agak panjang dengan rakan kita yang lain tetapi kita telah sampaikan pandangan kita kepada Presiden Umno yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PKR di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 7 di Shah Alam.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Aminuddin kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.