- Iklan -
Berita

PH-BN, PN tunjuk kekuatan pada Hari Penamaan Calon di Gombak

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin turun padang sebagai tanda sokongan kepada calon mereka.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Pusat Penamaan Calon di Gombak, 29 Julai.
Penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Pusat Penamaan Calon di Gombak, 29 Julai.

Semua mata tertumpu kepada Parlimen Gombak yang mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) utama dengan nama-nama besar bertarung untuk membentuk kerajaan negeri Selangor seterusnya.

Tiga kerusi itu ialah DUN Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua.

Pimpinan utama parti-parti politik yang bertanding turut hadir menyokong calon masing-masing.

Pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dipenuhi lautan biru pada awal pagi selepas calon-calon Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu hadir memeriahkan suasana.

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berarak bersama calon gabungan itu untuk DUN Gombak Setia, Hulu Kelang dan Sungai Tua.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berarak bersama calon gabungan itu untuk DUN Gombak Setia, Hulu Kelang dan Sungai Tua.

Calon PN Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua diiringi oleh pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin.

Sementara Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika tiba di lokasi disambut dengan laungan “saya ulang” oleh penyokong PN.

Calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pula masuk ke pusat penamaan calon pukul 9.15 pagi.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan berentap melawan Muhammad Hanif daripada PN.

Pendahulunya, Mohamed Azmin Ali yang mewakili PN akan bertanding di Hulu Selangor melawan Juwairiya Zulkifli daripada PH.

Manakala penyandang Gombak Setia, Hilman Idham akan dicabar oleh pengerusi Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin.

Penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Pusat Penamaan Calon di Gombak, 29 Julai.
Penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Pusat Penamaan Calon di Gombak, 29 Julai.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.