- Iklan -
Berita

Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan

Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sejak Selasa.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Facebok rasmi Mahathir.

Menerusi hantaran itu, turut disertakan dua keping gambar yang memaparkan Mahathir sedang menulis dan menyemak beberapa fail di wad IJN pada Khamis.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang berusia 98 tahun itu pernah dimasukkan ke IJN pada 7 Januari tahun lepas bagi menjalani prosedur perubatan elektif  sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari 2022 namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Feb tahun yang sama. 

Beliau sekali lagi ditahan di IJN selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lepas dan dibenarkan keluar daripada institut itu pada 4 September 2022.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada IJN.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.