- Iklan -
Berita

Penyanyi lagu ‘Hoi Ya Hoi’ jadi artis pertama menang pilihan raya

Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad daripada Pakatan Harapan menang di DUN Lembah Jaya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Syed Ahmad Abdul Rahman atau Altimet bersalaman dengan penduduk Taman Mulia Jaya ketika mengadakan jualan Rahmah di Ampang, 1 Ogos.
Syed Ahmad Abdul Rahman atau Altimet bersalaman dengan penduduk Taman Mulia Jaya ketika mengadakan jualan Rahmah di Ampang, 1 Ogos.

Calon Pakatan Harapan (PH) Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai Altimet menjadi golongan artis pertama dalam negara yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Beliau bertanding di DUN Lembah Jaya menang dengan majoriti 6,320 dan memperoleh 26,172 undi menumpaskan pencabarnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,409 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRN DUN N20 Lembah Jaya, Zafrul Fazry Mohd Fauzi.

Beliau mendapat perhatian sejak kempen pilihan raya lalu apabila mengubah lagu “Hoi Hoi Ya Hoi” daripada lirik asal filem tersohor P Ramlee, “Ali Baba dan 40 Penyamun”.

Lagu itu dinyanyikan semula oleh Altimet dan dilancarkan di pentas politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau umum menyertai PKR pada tahun 2021 dan dilantik sebagai ketua cabang PKR Ampang pada pemilihan parti tahun lalu.

Terdahulu, kerusi tersebut disandang Haniza Mohamed Talha dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 14,790 selepas memperoleh 22,512 undi pada PRU14.

Sehingga jam 10 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan bahawa PAS sebagai pemenang di Terengganu dan Kelantan.