- Iklan -
Berita

Exco Pahang antara 10 maut dalam nahas pesawat ringan di Shah Alam

Adun Pelangai Johari Harun disahkan meninggal dunia bersama tujuh penumpang lain dalam penerbangan itu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Adun Pelangai Johari Harun adalah antara yang terkorban dalam nahas pesawat berhampiran perbandaran Elmina, Shah Alam.
Adun Pelangai Johari Harun adalah antara yang terkorban dalam nahas pesawat berhampiran perbandaran Elmina, Shah Alam.

Polis mengesahkan seorang exco kerajaan Pahang antara salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina, Shah Alam petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai Johari Harun adalah antara lapan penumpang yang menaiki pesawat persendirian itu.

Nahas tersebut turut mengorbankan seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal.

Mangsa lain termasuk Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, kedua-duanya kru penerbangan; Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Mohammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan semua penumpang dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Langkawi.

Pesawat berkenaan terhempas kira-kira jam 2.50 petang. 

Lokasi nahas berada di jalan menuju ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, Shah Alam, hanya 5km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang.

Dalam salah satu catatan terakhir Facebook beliau, Johari, yang merupakan exco kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau, berkongsi gambar beliau menghadiri mesyuarat di Majlis Perbandaran Bentong. 

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pelangai pada Pilihan Raya Umum 2022, menewaskan tiga calon lain daripada Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan Pejuang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.