Pesawat ringan tergelincir semasa latihan di Melaka
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar 12.16 tengah hari tadi
Terkini
Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan penerbangan berdepan detik cemas, apabila pesawat ringan yang dipandunya hilang kawalan semasa mendarat.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Christopher Patit berkata kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar 12.16 tengah hari tadi, di landasan RWY 21 Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam .
“Pesawat itu dikendalikan oleh pelatih wanita berusia 23 tahun dan melibatkan sebuah pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) jenis Piper 28, dalam latihan penerbangan sebelum ia hilang kawalan semasa mendarat di RWY 21.
“Tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya pesawat tersebut berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi pada 12.50 tengah hari, manakala juruterbang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali hanya merasa sakit di bahagian dada akibat kesan hentakan dan dihantar ke Hospital Melaka,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, masih belum ada laporan polis secara rasmi dibuat kepada pihak polis.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.