- Iklan -
Berita

SPM 2023 bermula 5 Disember hingga 7 Mac

Kementerian Pendidikan berkata tarikh itu ditetapkan selepas mengambil kira bilangan hari persekolahan serta cuti umum persekutuan dan negeri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail pelajar menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah di Sentul, Kuala Lumpur.
Gambar fail pelajar menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah di Sentul, Kuala Lumpur.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun ini hingga 7 Mac 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini memaklumkan Ujian Amali Sains dijadualkan pada 5 hingga 7 Disember, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Januari manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Januari, tahun depan.

Ia diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Jan seterusnya Ujian Bertulis dijadualkan pada 30 Januari hingga 7 Mac. 

“Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

“Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023,” menurut kenyataan. 

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.