- Iklan -
Berita

Beri Anwar lebih masa tingkatkan ekonomi negara, titah Sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Anwar Ibrahim hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan selepas mengambil alih pentadbiran.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Gambar: Bernama
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Gambar: Bernama

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.

Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily, baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar. 

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan setelah mengambil alih pentadbiran,” titah baginda dalam wawancara khas dengan akhbar tempatan dalam Bahasa Cina itu.

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan perdana menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif.

Menyentuh mengenai Anwar, Sultan Ibrahim bertitah baginda mempunyai hubungan yang baik dengan perdana menteri.  

“Ada kalanya, beliau meminta pandangan beta dan ada masanya, beliau memberikan cadangan kepada beta,” titah baginda.

Baginda juga menekankan pentingnya Malaysia untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

Selain itu, Sultan Johor bertitah bahawa meletakkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2U) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melaporkan terus kepada perdana menteri merupakan satu pendekatan yang tepat.

“Untuk menarik lebih banyak pelaburan, Malaysia harus menawarkan pilihan visa yang mesra pelabur dan praktikal, terutamanya dalam penilaian semula program MM2U semasa kerana fasa kedua program ini tidak mesra pemohon dan fasa ketiga lebih buruk lagi,“ titah baginda. 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.