- Iklan -
Berita

Umno tidak akan jalin semula hubungan dengan parti bermuslihat, kata Zahid

Presiden Umno itu berkata kerjasama harus datang daripada keikhlasan, bukan orang yang mempunyai gerakan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Gambar: Bernama
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Gambar: Bernama

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerjasama harus datang daripada keikhlasan dan bukan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan, kerana penuh dengan muslihat.

“Mana-mana pemimpin dan parti yang sangat bermuslihat, saya tidak fikir kita (Umno) harus revisit hubungan itu,” katanya ketika ditanya pemberita untuk mengulas laporan PAS masih terbuka untuk meneruskan agenda penyatuan ummah bersama Umno.

Beliau ditemui media selepas majlis makan malam bersama duta dan wakil dari 29 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di Putrajaya malam ini.

Dilaporkan hari ini Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS masih mengambil sikap sedemikian, memandangkan ummah khususnya orang Melayu masih memerlukan penyatuan.

Reaksi Tuan Ibrahim itu adalah sebagai mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman, yang menyatakan keperluan supaya semangat Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali, khususnya membabitkan dua parti itu.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi