- Iklan -
Berita

Rakyat Malaysia bidas kerajaan Anwar susulan berita Zahid ‘dibebaskan’

Seorang peguam menanggap pembebasan timbalan perdana menteri sebagai ‘Black Monday’ di sebalik prima facie yang diberikan.

Ahmad Mustakim Zulkifli
2 minit bacaan
Kongsi
Antara reaksi di media sosial terhadap keputusan mahkamah melepaskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes rasuah hari ini.
Antara reaksi di media sosial terhadap keputusan mahkamah melepaskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes rasuah hari ini.

Berita mengenai Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi bebas daripada 47 pertuduhan rasuah menghangatkan komen di media sosial, dengan rata-rata pengguna meluahkan rasa marah dan terkejut terhadap keputusan mahkamah meskipun kes prima facie diberikan pada permulaan perbicaraan tahun lepas. 

"Ada cahaya di penghujung terowong untuk Zahid. Cahaya reformasi bersinar. Ya, ia adalah cahaya untuk Zahid, tetapi kegelapan untuk Malaysia.

"Jelas cahaya di hujung terowong bagi Zahid. Cahaya disuluh penunggang reformasi,” kata peguam yang lantang, Rafique Rashid, antara yang pertama menulis ciapan terhadap laporan rayuan pendakwaan yang membebaskan presiden Umno itu.

“Ya, cahaya bagi Zahid, kelam bagi Malaysia.”

Rafique berkata keputusan hari ini menandakan satu babak yang kelam, menggelarnya sebagai "Black Monday". 

Beliau menunjukkan anomali dalam keputusan itu, termasuk pasukan pendakwaan sendiri yang memohon memihak kepada Zahid, dan fakta bahawa sejumlah 99 saksi sudah memberi keterangan semasa perbicaraan yang berlangsung selama 53 hari. 

Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berdepan 47 pertuduhan: 12 pecah amanah (CBT), lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Awal hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, yang baru bulan lepas dilantik menggantikan Raja Rozela Raja Toran yang secara tiba-tiba membuat keputusan untuk "bersara awal", memaklumkan hakim Collin Lawrence Sequerah mengenai permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadap Zahid. 

Rata-rata pengguna media sosial melihat berita itu sebagai sudah mengesahkan Zahid "terlepas" daripada pertuduhan, selepas beberapa bulan spekulasi bahawa pemimpin Umno itu akan dilepaskan.

"Berhenti buat alasan. Mula desak (untuk) jawapan," kata pengguna Twitter @Iqtodabal.

"Tiada lagi ‘Monday Blues, semuanya mengenai ‘Black Monday’.” tambah pengguna Facebook Nana Nordin.

Laman satira politik popular Tentera Troll Kebangsaan Malaysia pula menulis: "Tiada kluster mahkamah di Kabinet, kalau dilepas tanpa bebas.”

Ramai juga secara menyindir mengucapkan tahniah kepada Zahid, seperti Nazri Taib yang menulis di Facebook: "Demi kestabilan dan kemakmuran agaknya.”

"Lagu 'hoi hoi ya hoi' sebelum ini boleh dibakulsampahkan. Tahniah semua," kata Haqqani Haruni merujuk kepada lagu yang banyak digunakan Pakatan Harapan (PH) semasa kempen pilihan raya umum tahun lalu untuk memberi amaran kepada pengundi terhadap kembalinya Zahid.

Dalam pada itu, pengguna Twitter @HaziqShaf secara sinis bertanyakan kepada Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dari DAP mengenai keputusan mahkamah itu.

“Saya nak tanyalah sikit tuan peguam terpelajar @syahredzan hari ni, ok je ke kes dah ada prima facie dapat DNAA? 

“Itu sahaja.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.