- Iklan -
Berita

Telegram Yang di-Pertua Dewan Negara digodam

Perkara itu disahkan Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Gambar: Bernama
Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Gambar: Bernama

Akaun Telegram milik Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lepas.

Perkara itu disahkan Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini, yang turut memaklumkan hal tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui dan menyamar sebagai dirinya, terutama yang melibatkan kewangan atau janji temu. 

“Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-26017610 untuk pengesahan lanjut. 

“Saya amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

“Saya menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan melaporkan tindakan penggodam ini kepada pihak berkuasa,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.