- Iklan -
Berita

Pembaca berita veteran Raymond Goh meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pagi tadi selepas diserang penyakit angin ahmar.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penyampai berita veteran TV3 Raymond Goh meninggal dunia pagi ini. Gambar: Bernama
Penyampai berita veteran TV3 Raymond Goh meninggal dunia pagi ini. Gambar: Bernama

Pembaca berita Nightline TV3 Muhammad Zaman Goh Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Raymond Goh, 62, meninggal dunia pagi tadi selepas diserang penyakit angin ahmar.

Keluarga Allahyarham Muhammad Zaman Goh dalam kenyataan hari ini berkata solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur selepas solat asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

“Dengan rasa dukacita dan berat hati, kami mengumumkan pemergian Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh Abdullah yang telah menyentuh kehidupan ribuan orang di negara ini.

“Sekali lagi, keluarga Raymond ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan dan mereka yang memberi sokongan atas kasih sayang yang diberikan semasa tempoh mencabar ini,” kata isteri Goh, Faridah Teh dan keluarga dalam kenyataan itu.

Pembaca berita veteran itu yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran sebelum ini kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan dimasukkan ke sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor pada 30 Ogos lepas.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.