- Iklan -
Berita

Speaker benarkan ahli Parlimen Pulai angkat sumpah tanpa lafaz Allah

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata istilah itu tidak ada dalam peraturan mesyuarat.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Parlimen Pulai di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, 19 September. Gambar: Bernama
Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Parlimen Pulai di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, 19 September. Gambar: Bernama

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul membenarkan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat dari Pakatan Harapan (PH)mengangkat sumpah hari ini tanpa menggunakan lafaz Allah. 

Perkara itu dimaklumkan selepas Shahidan Kasim (PN-Arau) membangkitkan isu berkenaan. 

"Dulu masa angkat sumpah, bukan kita cakap Wallahi, Wabillahi, Wataalahi?" soalnya ketika sesi Dewan Rakyat pagi tadi. 

Johari memberi maklum balas bahawa istilah itu tidak ada dalam peraturan mesyuarat. 

"Dalam peraturan mesyuarat jelas (tiada)," katanya ringkas.

Shahidan secara berjenaka berkata akan mengembalikan istilah itu jika Perikatan Nasional (PN) kembali menjadi kerajaan. 

Suhaizan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pulai sebelum permulaan sesi pagi.

Beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai baru-baru ini selepas berjaya menewaskan dua calon lain. 

PRK Pulai diadakan selepas kematian penyandang, Salahuddin Ayub yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.