- Iklan -
Berita

3 penjuru di Pelangai

PRK Parlimen DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail seorang lelaki menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 di SJKC Selayang Baru in Selayang, 19 November.
Gambar fail seorang lelaki menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 di SJKC Selayang Baru in Selayang, 19 November.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon bebas.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Pelangai, Mohammad Shahid Ismail di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

PN diwakili oleh Naib Yang di-Pertua PAS Bentong Kasim Samat manakala BN diwakili Ahli Jawatankuasa Umno Bentong Amizar Abu Adam.

Sementara calon bebas ialah Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang, Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK Pelangai pada 7 Oktober depan diadakan selepas Johari harun meninggal dunia dalam nahas pesawat di Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos. 

Pengundian awal pada 3 Oktober.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi