Ringgit ditutup paling rendah berbanding dolar AS tahun ini
Mata wang tempatan itu menamatkan dagangan dengan mencecah paras 4.70 berbanding dolar AS petang tadi.
Terkini
Ringgit mencecah paras 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir sesi dagangan petang tadi, prestasi terendah tahun ini.
Ketika dagangan hampir ditutup pada jam 6 petang, ringgit kekal 4.7055/7105 berbanding dolar AS, selepas dibuka pada 4.7050/7095 pagi ini, lebih rendah berbanding penutup semalam pada 4.6875/6915.
Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain, susut berbanding euro pada 4.9690/9743 daripada penutup semalam pada 4.9673/9716, berbanding pound Britain pada 5.7167/7228 daripada 5.7117/7166 semalam, dan berbanding yen Jepun kepada 3.1534 dari 3.1489/1518.
Ia juga merudum berbanding rupiah Indonesia kepada 303.1/303.6 daripada 302.5/303.0, berbanding peso Filipina pada 8.26/8.28 daripada 8.23/8.24 pada Selasa, dan berbanding dolar Singapura kepada 3.4334/4373 daripada 3.4275/4310.
Ringgit menambah nilai sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.8759/8949 daripada 12.8884/9043.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.