- Iklan -
Berita

Adakah PM setuju penahanan sukarelawan polis kerana menghinanya? soal peguam

Lawyers for Liberty mengingatkan Anwar Ibrahim tentang janji PH semasa menjadi pembangkang untuk menghapuskan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Reuters
Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Reuters

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini bertanya kepada perdana menteri sama ada beliau bersetuju dengan penahanan seorang sukarelawan polis wanita baru-baru ini berhubung komen yang didakwa menghina di Facebook, mengatakan bahawa kenyataan kasar atau jelik tidak memerlukan siasatan jenayah. 

Dalam satu kenyataan, pengarah LFL Zaid Malek berkata tindakan polis terhadap seseorang adalah wajar jika ucapan itu boleh menyebabkan kecederaan fizikal secara langsung atau akan mengancam ketenteraman awam secara serius.

"Perdana menteri, menteri atau kerajaan tidak mempunyai hak keistimewaan dalam undang-undang, tidak terkecuali daripada sebarang penghinaan terhadap reputasi mereka mengikut 'peradaban atau moral'," katanya. 

Sukarelawan polis wanita itu ditahan pada 28 September selepas laporan dibuat oleh pegawai kanan polis. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata penahanan atas kenyataan yang dianggap menghina adalah akibat daripada kegagalan kerajaan untuk menghapuskan "undang-undang menindas" seperti AKM, mengingatkan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain tentang janji mereka untuk memansuhkan Seksyen 233 (1)(a) akta itu semasa mereka menjadi pembangkang. 

"Undang-undang itu tetap digunakan dengan cara ini kerana keengganan mereka untuk memansuhkannya," katanya. 

“Adakah Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersetuju dengan penahanan wanita ini atas dakwaan menghina dirinya sendiri, dan adakah dia akan melakukan perkara yang betul dengan menggesa polis membebaskannya tanpa tuduhan?

“Adakah tenaga polis perlu dibazirkan dengan menangkap rakyat Malaysia yang membayar cukai demi menjaga reputasi Anwar?”