- Iklan -
Berita

Krisis bekalan, kerajaan ambil sampel beras untuk analisa kimia

Mohamad Sabu berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit beras, mencampur beras putih tempatan atau menyorokkan beras.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita sedang memilih kampit beras import di bahagian rak jualan di sebuah pasar raya di Ampang.
Seorang wanita sedang memilih kampit beras import di bahagian rak jualan di sebuah pasar raya di Ampang.

Kerajaan akan mengambil sampel beras daripada gudang dan pasar raya di seluruh negara untuk analisis kimia, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Katanya, tindakan itu akan dibuat melalui satu ops bersepadu bertujuan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas rantaian industri.

"Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit beras, atau mencampur beras putih tempatan atau menyorokkan beras," katanya pada satu sidang media hari ini.

Ops tersebut membabitkan beberapa badan antaranya Badan Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Menurut Mohamad, Ops itu akan diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Sebelum ini tular video di sebuah gudang mendakwa cubaan pihak tidak bertanggungjawab menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import. 

Menurut Mohamad, langkah itu antara empat langkah intervensi tambahan kerajaan susulan pertemua beliau dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu kekurangan bekalan beras putih tempatan.

Katanya, langkah lain termasuk mengarahkan Fama meningkatkan edaran bahan makanan ruji itu ke kewasan pedalaman.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) diarah meningkatkan pengedaran beras putih tempatan di kawasan luar bandar. 

“Oleh kerana margin untung beras tempatan hanya 50 sen, kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak Fama," katanya. 

Bagi Sabah dan Sarawak, katanya kerajaan bersetuju memebri subsidi sebanyak RM950 per metrik tan beras putih import mulai bulan ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata semua perolehan bekalan beras putih di bawah kontrak kerajaan akan menggunakan berasp utih import, yang boleh didapati pada harga borong.

Mohamad turut mengulang nasihat untuk orang ramai tidak melakukan pembelian panik beras.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.