- Iklan -
Berita

10 anggota tentera terkorban selepas pesawat bertembung di udara ketika latihan lintas hormat

Insiden itu dipercayai yang terburuk membabitkan pasukan tentera sejak beberapa tahun ini.

MalaysiaNow
1 minit bacaan
Kongsi
Tangkap layar sebuah klip video menunjukkan pesawat-pesawat melakukan latihan lintas langsung, beberapa saat sebelum pertembungan antara dua helikopter  yang kemudiannya jatuh menjunam.
Tangkap layar sebuah klip video menunjukkan pesawat-pesawat melakukan latihan lintas langsung, beberapa saat sebelum pertembungan antara dua helikopter yang kemudiannya jatuh menjunam.

Sepuluh anggota tentera laut terkorban selepas dua helikopter berlanggar semasa latihan lintas hormat menjelang sambutan Hari Tentera Laut Jumaat ini, dalam kejadian paling buruk membabitkan angkatan tentera sejak beberapa tahun ini.

Insiden itu berlaku pada 9.45 pagi tadi membabitkan sebuah helikopter HOM M503-3 dan Fennec M502-6, kedua-duanya berlepas dari Padang Sitiawan.

Pesawat HOM terhempas di Stadium TLDM di Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di sebuah kolam renang di Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Anggota yang terbunuh di dalam pesawat HOM itu termasuk dua leftenan komander iaitu ialah Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin dan Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, di samping Muhammad Firdaus Ramli, Muhammad Faisol Tamadun, dan tiga lagi yang belum dinamakan.

Tiga lagi anggota yang terbunuh menaiki pesawat Fennec, iaitu Muhamad Amir Mohamad, Sivasutan Thanjappan dan Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.